Kawan dan perjalanan

5/26/2017 12:16:00 AM

Sebuah pengisahan yang pendek cuma sekitar enam puluh tiga tahun sahaja. Adapun yang lebih dari itu adalah tempoh yang ghalibnya membuat tiap yang melewatinya tinggal sendiri. Kisah tentang perjalanan seseorang di atas garis paksi yang disebut takdir. Naik dan turun, cepat atau lambat segalanya sudah tetap melainkan yang yakin dengan tawakal dan doa.

Garis-garis yang berselirat pintalannya yang kalau nampak dengan mata manusiawi pasti mustahil mengelaknya. Dan di dalam gumpalan pintal-pintal itulah lazimnya kita temukan makhluk tuhan yang kita namakan..kawan.

Ada banyak jenis kawan dan pelbagai macam cara kau boleh menjadi kawan kepada kawan kau. Kemudian, cara-cara itu tidak semuanya manis dan elok. Bahkan kebanyakan darinya kadang-kadang datang dari perasaan meluat, amarah dan benci sebelum kemudiannya ditenangkan tuhan sampai garis kau dan kawan kau itu bertemu. Maka jadilah kau dan dia kawan.

Kawan tak semestinya satu umur dengan kau, satu sekolah dengan kau atau satu opis dengan kau. Kawan tu boleh jadi pak cik surau yang kau singgah masa travel dan kau borak dengan dia sampai kau dengan dia jumpa satu persamaan yang buat kau rasa rindu dengan perbualan kau tu. Nah, seorang pak cik entah dari mana pun boleh menjadi kawan kau.

Jadi siapa pun dan apapun sebab kau berkawan, pastikan niat kau adalah untuk berukhuwah dengan dia. Kelak di akhirat siapa tau kalau pak cik tadi lah bakal jadi jiran kau di syurga?

You Might Also Like

0 org cakap blakang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images